Nabi Ibrahim dengan orang Majusi
Diceritakan pada suatu hari, Nabi Ibrahim a.s menolak seorang tetamu yang berkunjung ke rumahnya. Nabi Ibrahim a.s berkata "Aku tidak menerima tamu seperti engkau selagi engkau tidak meninggalkan agamamu dan ajaran orang-orang majusi".
Orang Majusi itu meninggalkan rumah Nabi Ibrahim a.s dengan perasaan dukacita. Sikap Nabi Ibrahim a.s tidak disenangi Allah sehingga turunlah wahyu yang bermaksud "Apa kerugianmu jika engkau menerima tetamu itu, walaupun dia mengingkari dan mengkafiri Ku. Aku akan menggantikan makanan dan minuman yang engkau berikan kepadanya selama 70 tahun". Setelah menerima wahyu tersebut Nabi Ibrahim a.s sungguh menyesal dan keesokan harinya Nabi Ibrahim a.s pergi mencari orang Majusi itu dan mempelawanya datang ke rumahnya sekali lagi.
Kta orang Majusi itu "Pelik sungguh, semalam engkau mengusirku, tetapi hari ini engkau mengajak aku pergi ke rumahmu". Nabi Ibrahim a.s menceritakan mengenai wahyu yang diterimanya. Orang Majusi itu berkata "Sungguh baik Tuhanmu memperlakukan aku sebegini, walaupun aku ini orang kafir". Orang Majusi itu berkata lagi "Hulurlah tanganmu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau adalah pesuruh Allah".
Semenjak dari itu orang Majusi itu mengikuti ajaran Nabi Ibrahim a.s.
by:sukey darwisyah
Sila berkunjung ke Laman Baru
14 years ago


