Tuesday, June 29, 2010

MUTIARA INDAH DARI BISIKAN SIRR 1

Musibah adalah fitrah kehidupan,ia bagaikan badai

dan gelombang di lautan.


Ujian bagaikan cemeti kehidupan,juteru itu ramai

yang menyangka ALLAH menjauhinya,tidak

menghiraukannya malah ada yang menjauhinya,tidak

menghiraukannya malah ada yang berburuk sangka

padaNYA.Renunglah wahai diri dengan cahaya

hatimu.


Fahamilah,musibah adalah seruan untuk hamba itu

kembali ke dalam dakapanNYA.Bagaikanlah cemeti

sang pengembala kepada ternakannya.Ia agar

ternakannya kembali ke kandang.


Kita lalai,angkuh,lupa diri dengan sedikit kelebihan

atau melanggar ajaranNYA.Hadapilah dengan redha,

sabar,tenang,segera bertaubat dan sujud

padaNYA.


Yakinilah,ALLAH tidak menzalimi hambaNYA,

ALLAH amat menyayangi dirimu.IsyaALLAH

pada segala kesulitan itu akan datangnya

kerahmatan.


''...dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim

kepada hamba-hambaNYA.''(Fusilat:46)

Friday, June 25, 2010

Wednesday, June 23, 2010

puteri darwisyah:

puteri darwisyah:

pada dirimu tergambar cinta ilahi,
rahmat ilahi sentiasa disampingmu,
dirimu dicipta sebagai khalifah kerana
kamu adalah insan yang terhebat di muka
bumi ini..

dirimu dicipta dari nur saiyidul muhammad,
dirimu dikurniakan nikmat yang berharga,
iaitu dengan kelahiran junjungan kita nabi muhammad,
junjungan besar nabi muhammad sentiasa menanti,
menunggu kita untuk mengurniakan syafaatnya kepada kita,
wahai ummat muhammad dan khalifah allah,
sedarlah kamu bahawa ada insan yang mulia
iaitu kekasih allah sedang merindui,
menunggu ummatnya di kehidupan yang kekal abadi,
renungkanlah......
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design